Saturday, March 6, 2010

Hari-hariku kelihatan putih sahaja

menjelang minggu peperiksaan
ada saja yang keluar dari benak fikiran ku.

bangun saja dari tidur,
kertas putih ku capai..
meneliti sehabis mungkin apa yang terpapar..

namun dapatkah aku menangkap apa yang tersurat
pada warna putih itu?



lihat saja ke luar tingkap
sebuah bangunan putih tersergam tinggi
bagai ditenggalami bersama langit putih di sekelilingnya
dapatkah aku membezakannya?


masih banyak lagi helaian kertas putih perlu ku kapai
terhampar menanti....


Kuatkan diriku
agar ku tegar menghadapi ujian putih ini.



1 comment:

Zahrah Yunos said...

lps ni kene fotostat nota gune kertas kaler2 plak lah...

 
blogger template by arcane palette