Saturday, August 2, 2008

pesan ustaz daniel

Tazkirah Ust Daniel Sallehi: AGM SESIAPA YANG PADA WAKTU LETIHNYA TETAP MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS INI, NESCAYA DIA AKAN TETAP BERADA DALAM JALAN INI. JIKA SEBALIKNYA, MAKA KITA AKAN FUTUR…

- Kita ada tugas yang lebih agung, untuk mengembalikan islam di atas muka bumi ini. Maka, tugas-tugas lain seperti belajar ia akan menjadi lebih kecil. Kesannya, proses pembelajaran akan menjadi mudah.
- Memikirkan masalah ummah adalah lebih besar. Belajar hanyalah wasilah semata-mata. Insya allah, proses pembelajaran akan jadi mudah.
- Tidak kira di mana kita berada, DnT adalah yang paling penting.
- Potensi yang allah berikan adalah untuk digemlengkan kepada membawa islam. Ramai orang yang besar-besar apabila diberikan satu-satu ujian, maka dia akan gugur. Berbanding dengan orang yang kecil, biasanya dia akan lebih tabah.
- ILIK adalah satu wadah utk menghubungkan antara ahli-ahlinya dalam rangka memberikan wa’ islami ( kesedaran islam )
- Antara sebab berlakunya futur :
i. Melakukan hal-hal yang mubah ( harus ) .
• sikap dan pola hidup yang sibuk hanya sekadar utk makan, minum, main, tidur dsb. Hal ini akan menjadikan kita lebih selesa dan ‘malu’ untuk memikirkan perkara-perkara yang lebih besar.
• Kita letih memikirkan benda ini sahaja. Kelihatannya seperti telah banyak beramal, tetapi hakikatnya tidak ada apa-apa pun yang dibuat.
• “jauhilah oleh kamu rasa kenyang makan dan minum kerana hal itu akan menyebabkan malas solat. Maka celakalah apabila hal-hal agama dipengaruhi oleh syahwat”.
• “sesiapa yg kenyang akan dipenuhi perkara seperti :
1. Hilang rasa nikmat dalam bermunajat.
2. Tidak mampu memetik hikmah
3. Hilang rasa kasih terhadap orang lain.
4. Mula malas utk beribadah. Orang mukmin hatinya akan terikat dan dilihat di masjid manakala orang yang ingin kenyang, akan dilihat di kantin dan tandas. Kita ada potensi yang lebih daripada orang lain. Fikrah islamiyah yang telah kita dapat adalah lebih mahal daripada segala-galanya, dan memandu kehidupan kita. Persoalan yg sepatutnya kita fikirkan : hari ini ialah siapa sasaran kita. Bayangkan kalau kita tidak cuba menyebarkan wa’ islami ( kesedaran islam ) kepada kawan-kawan kita, maka kemungkinan apabila dia besar nanti dan berjaya memegang jawatan-jawatan yg besar dan mentadbir tanpa pedoman islam. Betapa besar peluang yang telah kita lepaskan….
ii. Memisahkan diri dari Jemaah. Beruzlah.
• Medan perjuangan dalam DnT adalah sangat panjang dan penuh dengan mehnah dan ujian. Jika kita tetap terus bersendirian, maka kita tidak akan mampu bertahan.
• “setiap perbuatan itu adakalanya bersemangat dan adakalanya lemah. Maka siapa yang akan membantu kita apabila kita lemah?” Maka sebab itu baginda menggalakkan kita berjamaah, kerana kita akan ada orang yang akan menegur kita…
• “sesunggunya syaitan akan mendekati orang yang bersendirian dan menjauhi orang-orang yang berjamaah.”
• Para sahabat apabila bertemu akan bertanya tentang iman, amal, ilmu, ibadah dan apabila ingin berpisah, akan ada nasihat-nasihat yang diberikan.
• “org yang bergaul dengan manusia dan sabar dengan gurauan mereka, lebih besar daripada manusia lain yang tidak bergaul dan tidak sabar dengan gurauan mereka”. Setiap manusia ada kesilapan yang akan dilakukan. Bergaullah…..
iii. Kurang mengingati masalah kematian dan alam akhirat,
• Kurang mengingati kematian dan alam akhirat dapat menurunkan semangat dan memutuskan amalan dengan akhirat.
• Pada usia muda, ingatan terhadap kematian sangat jauh bahkan tidak mustahil jika dalam seminggu tidak pernah ingat mati.
• Setiap masa kita sentiasa berada dihujung tanduk, bila-bila boleh mati. Risiko sentiasa ada.
• “wahai manusia, malulah kepada Allah. Sesiapa yang rasa malu, maka ingatlah kematian apabila tiba masa malam.”
• Para ulama’ dahulu melakukan banyak alternatif untuk mengingati mati. Ada dikalangan mereka yg mengorek kubur dan duduk di dalam itu dan cuba menghayatinya.
iv. Apabila abai dalam melaksanakan tugas2 harian.
• Lambat solat, tak solat sunat. Meninggalkan solat dhuha, istighfar, solat di masjid, berjamaah, al-ma’thurat, baca al-quran, tidur banyak.
• Inilah yang akan menyuburkan rasa malas akibat daripada meninggalkan rutin harian. Tidak merasa lazat apabila berdoa.
• Jika ini berlaku, jangan haraplah untuk kita memikul tugas yang lebih berat. Amalan-amalan rutin kita, jangan ditinggalkan.
• Kalau tak sempat, cuba bangun awal dan selesaikan dahulu. Jika dibiarkan, maka sangat bahaya kerana kita adalah seorang DAIE….
• Sedikit amalan yang berterusan walaupun sedikit akan memberikan kesan. Kesannya tetap ada, jika tak dapat di dunia, akan dapat di akhirat.
• Jangan biarkan kekuatan muda yg kita ada dipergunakan oleh sistem jahiliyah.
• Oleh itu, gunakanlah sebaiknya. Jangan biarkan kebaikan kita dipersia-siakan.

Keciciran kawan2 kita adalah tanggungjawab kita bersama..

terima kasih ustaz, walaupun ana x dapat menghadirkan diri pada hari itu,
pesanan ini amat berbekas di hatiku ini yg sudah lama lalai dgn arus jahiliyyah kini..
akan ku terus berjuang mejadi seakan pokok jati yg kuat dan teguh,
akarnya menjunam jauh menerkam tanah seakan berdiri pada prinsip aqidah yang tidak akan goyah dek angin jahiliyyah yang lalu..

my first exposure~

alang2 ada kt rumah ni, ana mahu gunakn sebaik2nya memenuhi blogku ini...

Tibanya ana di Glennview Villa merupakn permulaan perjuanganku..
Ada 10 unit untuk tahun satu perubatan dan pergigian, setiap unit dihuni oleh 10 orang.
Alhamdulillah rumah ana cuma 9 orang jer, x la crowded sgt. Tetepi setelah melihat kn saiz rumah itu, 20 orang pn boleh muat. Menginap di tempat yang sebegitu mewah, merendahkn diriku ini. ana berasa tidak layak berada di situ. ana takut lupa diri. Bilik dan tandas agak besar.
Ku takut alpa dan selesa dengan kemewahan itu...akn ku redah jua...
Di fakulti, ku bertemu dengan rakan2 bru, kebanyakannya ana sudah kenal,
namun suasana bersama mereka cukup berbeza ketika berada di tamhidi sains dulu..
Wlaupun begitu, mereka tetap menghormati diri ku.
moga hari2 depan ku dpt ku hadapi dgn tenang.

Langkah ku bermula

i should have type this earlier..

30 jun 2008, bermulalah langkahku ke usim kembali.
walaupun ana agak terkilan semasa menerima surat tawaran ke pergigian pd 25 jun lepas..
(i've never thought of getting it actually) tetapi setelah berfikir panjang,
inilah ujian bg diriku yg lemah ini kerna sesungguhnya
setiap kebaikan yg dianugerahkn Allah itu adalah ujian
dan segala kesusahan itu merupakn ganjaran drpd Allah.
Kan ku teruskn jua..
sahabat dan sahibah di tamhidi dulu, walaupun berat terpaksaku lepaskn.
Amen, anis, a-tin, qihah, syifa, dan bdk2 sains terutama tts3,
kenangan bersama takkn ku lupakn.
doakn ku agar sntiasa berada dlm rahmat hidayah-Nya dn jodoh pertemuan kita dipanjangkn.
 
blogger template by arcane palette